Thursday, January 23, 2014

Khabar terkini Felixia Yeap



Khabar terkini Felixia Yeap | Langkah bekas model Playboy, Felixia Yeap, 27, menukar penampilan berhijab sejak akhir tahun lalu, membuka lembaran baru dalam kerjayanya apabila mula ditawarkan berlakon. Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee, berkata beliau menerima tawaran menjadi pelakon wanita utama sebuah telefilem tempatan awal bulan ini yang memulakan penggambaran di Lembah Klang, minggu lalu. "Saya terkejut dengan tawaran itu, namun gembira kerana watak ditawarkan sangat sesuai dengan penampilan sekarang yang membolehkan saya mengekalkan imej berhijab.

 "Saya memang sudah lama teringin berlakon, namun tidak pernah temui watak sesuai. Jadi, saya pendamkan saja hasrat itu," katanya. Sebelum ini, akhbar melaporkan Felixia yang pernah menjadi model majalah Playboy Filipina, Julai lalu dan `Gadis Arnab' Kelab Playboy Macau pada 2011, kini lebih selesa memakai pakaian sopan terutama baju kurung dan jubah. Felixia juga berhijab apabila tidak terbabit dengan sesi fotografi atau tugasan peragaan. Beliau turut mengumumkan secara terbuka untuk lebih memilih dalam menimbang tawaran peragaan dan mengelak terbabit dalam tugasan yang memerlukannya beraksi seksi dan mengghairahkan. -BH




.

1 Penyokong CHELSEA:

Aku pengembara on January 23, 2014 at 7:07 PM said...

Yup.. Teruja tengok perubahan Felixia.. Rezki semakin melimpah2 sejak berhijab.. Terbukti la apa yg pernah Felixia cakap sblm nie... "Rezki ada di mana2. satu pintu tertutup, ada pintu lain terbuka..."

Saya pernah mengkaji tentang Felixia ini n saya tulis dalam blog sya http://aniqbukhary.blogspot.com/2014/01/mengenali-siapa-pemilik-nama-felixia.html

perkongsian menarik

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!