Thursday, January 2, 2014

Khabar terkini kanak-kanak yang jatuh dari roda berpusing di Pesta Sungai Nibong



Khabar terkini kanak-kanak yang jatuh dari roda berpusing di Pesta Sungai Nibong | Kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari permainan roda berpusing di Pesta Sungai Nibong di sini Ahad lepas terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayatnya. Ibu kanak-kanak itu, Saadiah Shamsudin, 40, berkata, ekoran insiden itu anaknya turut terpaksa menjalani pembedahan di bahagian perut, membuang limpa dan sebelah buah pinggang. "Keadaan anak saya kini stabil selepas menjalani pembedahan tapi menurut doktor dia perlu bergantung kepada ubat sampai bila-bila," katanya kepada pemberita ketika menerima sumbangan dari Pemuda Umno negeri di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata hatinya berasa sayu apabila mengenangkan Mohamad Khairul Naimme, 7, yang sepatutnya mendaftar di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam esok tidak dapat menyertai rakan sebayanya. Katanya segala kelengkapan sekolah telah dibeli dan anak keempat dari lima beradik itu teruja dan mencuba kasut dan baju sekolahnya beberapa kali sebelum kejadian. "Dia anak yang aktif, periang dan lasak tapi sekarang ini dia hanya terbaring dan hanya mampu minum menerusi saluran wayar," katanya dengan nada sebak.

Pada kejadian Ahad lepas, bapa kepada Mohamad Khairul menemuinya dalam keadaan tidak sedar diri selepas muntah darah dipercayai akibat terjatuh dari mainan roda berpusing itu pada pukul 12.50 malam. Bapanya yang juga seorang peniaga di tapak pesta itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong pada pukul 4.15 pagi. Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga Saadiah dan bersedia menghulur bantuan lain dari semasa ke semasa. - Bernama





.

1 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on January 2, 2014 at 1:46 PM said...

mcm mana dia boleh jatuh kan

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!