Friday, January 17, 2014

Tenis Terbuka Australia terganggu dek suhu yang terlampau panas



Tenis Terbuka Australia terganggu dek suhu yang terlampau panas | Suhu yang terlampau panas menyebabkan perlawanan kejohanan Tenis Terbuka Australia terganggu. Laporan menyebut negara itu bakal berdepan dengan gelombang suhu yang lebih panas daripada sedia ada. Di Melbourne, kadar suhu melangkaui 40 C iaitu 41.7 C, semalam. Majlis Iklim Australia berkata, jumlah hari panas dalam negara itu adalah lebih daripada dua kali ganda. Dilaporkan punca utama perubahan iklim adalah gas rumah hijau. Tahun 2013 telah diisytiharkan tahun paling panas dalam rekod Australia.

Penganjur kejohanan tenis itu berkata, perlawanan di luar itu terpaksa di tangguhkan di akhir set perlawanan. Perlawanan di Arena Rod Laver dan Arena Hisense yang bermula 13 Januari itu bakal disambung di kawasan tertutup berbumbung, kata penganjur dalam satu kenyataan. Perlawanan dijadualkan berakhir esok. Selasa lalu, pemain tenis dan budak kutip bola pengsan ketika perlawanan. Penganjur dikritik ekoran membenarkan perlawanan diteruskan. -AP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!