Sunday, January 26, 2014

Trend? Doktor muda raih untung tawar rawatan Botox kepada remaja


Trend? Doktor muda raih untung tawar rawatan Botox kepada remaja | Satu siasatan yang dijalankan oleh media Britain mendapati kebanyakan doktor meraih keuntungan dengan menawarkan perkhidmatan suntikan rawatan anti penuaan, Botox kepada golongan remaja semuda 16 tahun tanpa berasa malu. Dengan kos sehingga 170 pound (RM916), doktor yang terlibat dalam kegiatan tersebut memberikan perkhidmatan kontroversi itu kepada golongan remaja, walaupun kesan pengambilan suntikan itu pada usia muda boleh merosakkan otot muka. Siasatan yang dijalankan oleh media Mail on Sunday menerusi rakaman video secara rahsia juga mendedahkan, satu daripada enam klinik kecantikan yang dikunjungi memberi rawatan suntikan Botox kepada remaja berusia 16 dan 17 tahun, walaupun doktor pakar jarang merawat pesakit berusia bawah 30 tahun.

Pendedahan itu menunjukkan kebanyakan remaja perempuan mengambil pendekatan menyuntik Botox ekoran kebimbangan wajah mereka akan berkedut apabila meningkat dewasa. Rakaman terbabit turut mendedahkan kenyataan seorang doktor yang mengakui aktiviti tidak bermoral itu memberi keuntungan secara mudah kepadanya. Seorang lagi doktor kecantikan di Harley Street, mengakui dia bimbang untuk merawat seorang pesakit berusia 17 tahun dengan kaedah Botox kerana ia menyalahi etika kedoktoran. Namun, prosedur rawatan itu tetap diteruskan kerana keuntungan yang diperolehi dengan mudah.

Pendedahan berkenaan dibuat sehari selepas Menteri Kesihatan Dr. Dan Poulter berjanji untuk mengambil tindakan bagi melindungi golongan belia. Katanya, golongan tersebut menerima tekanan yang kuat untuk mengubah cara hidup mereka dan kerajaan perlu menggalakkan mereka agar mengamalkan cara hidup sihat. "Memberi rawatan Botox kepada remaja berusia bawah 18 tahun merupakan tindakan yang tidak bermoral dan menyalahi etika.

"Saya difahamkan pihak berkuasa dalam bidang kesihatan turut bimbang dengan gejala itu dan kami akan mengambil tindakan bagi melindungi golongan terbabit," katanya. Botox merupakan sejenis toksin yang boleh melumpuhkan otot secara sementara, sekali gus mengurangkan kadar kedutan pada tubuh manusia. Namun, pakar kesihatan memberi amaran bahawa tiada bukti menunjukkan rawatan Botox yang diambil pada usia remaja boleh mengurangkan kadar kedutan apabila mereka meningkat dewasa. - AGENSI




.

1 Penyokong CHELSEA:

mselim3 on January 26, 2014 at 10:08 PM said...

Assalammualaikum..lulu,

macam2 doktor muda nie.. kan, mesti ada kesan sampingan nie kan.

mselim3

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!