Cubaan bunuh diri dengan terjun dalam kandang 2 ekor harimau | Seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan mengejutkan pengunjung sebuah zoo di Chengdu, wilayah Sichuan, barat daya China apabila bertindak terjun ke dalam kandang yang menempatkan dua ekor harimau kerana cuba untuk membunuh diri. Menurut The Daily Mail, lelaki itu yang dikenali sebagai Yang Jinhai dikatakan tidak gembira dengan pekerjaannya sehingga memaksa dia untuk bertindak di luar kawalan. Namun, Yang bernasib baik apabila dua ekor harimau Bengal itu tidak lapar dan hanya bertindak mencakar mangsa sebelum dia berjaya ditarik keluar dengan selamat.
"Dia memanjat luar sangkar dan melompat ke dalam kandang tanpa dijangka. Saya merasakan harimau tersebut akan membahamnya," kata seorang saksi, Feng Lin. Feng berkata, sebaliknya dua ekor harimau tersebut kelihatan takut lalu melarikan diri. Yang sekadar mengalami luka kecil sebelum kakitangan di zoo terbabit menembak pelali ke badan salah seekor harimau itu. Mangsa kemudiannya dibawa untuk menjalani rawatan psikiatri. -AP
.
3 Penyokong CHELSEA:
mengerikan....!!!
Hidup sekali je. Jangan sia-siakan ;) Ingat bunuh diri 2 jalan penyelesaian ke..haish! Bebel pula qila kat sini..
jom jalan2 sini http://noraqilahjohari.blogspot.com/2014/02/assalamualaikum-hye-ada-yang-rindu-saya.html :)
Berani amir heheh :)
Post a Comment