Wednesday, February 12, 2014

Gambar mesra Presiden Barack Obama dan Beyonce yang dikatakan ada hubungan cinta secara sulit


Gambar mesra Presiden Barack Obama dan Beyonce yang dikatakan ada hubungan cinta secara sulit | Media Perancis heboh mendakwa wujud hubungan percintaan antara Presiden Barack Obama dan bintang popular Beyonce. Desas-desus hubungan sulit antara mereka - yang masing-masing sudah berkeluarga - kali pertama diuar-uarkan di stesen Eropah 1 pagi semalam.


Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Pengarah Komunikasi akhbar Washington Post Kristine Coratti yang dikatakan bakal mendedahkan hubungan berkenaan. “Dakwaan itu palsu. Washington Post tidak akan menyiarkan kisah seperti itu,” katanya. Beyonce mempersembahkan lagu ‘America the Beautiful’ ketika majlis pelantikan Presiden Obama pada 2009 selain turut menghiburkan tetamu ketika ulang tahun ke-50 isterinya Michelle di Rumah Putih, bulan lalu.


Khabar angin sebelum ini mengatakan perkahwinan Obama dan Michelle bermasalah berbanding hubungan kukuh Beyonce dan suami, penyanyi rap Jay Z. Sementara itu, jurugambar Pascal Rostain yang mendedahkan hubungan antara Presiden Francois Hollande dan pelakon Julie Gayet baru-baru ini mendakwa gambar Obama bersama Michelle menunjukkan mereka semakin renggang dan perkara itu akan didedahkan dalam Washington Post. Bagaimanapun, apabila disoal lagi mengenai desas-desus itu, dia mendakwa ia sekadar ‘satu gurauan.’ - Agensi





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!