Tuesday, February 4, 2014

Jumlah Harta Peninggalan Mendiang Nelson Mandela dan pewarisnya



Jumlah Harta Peninggalan Mendiang Nelson Mandela dan pewarisnya | Bekas Presiden Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela meninggalkan sebahagian besar daripada hartanya yang dianggarkan bernilai AS$4.1 juta kepada isterinya Graca Machel, ahli-ahli keluarga yang lain termasuklah bekas kakitangan, sekolah dan tidak ketinggalan kepada parti yang dipimpinnya ANC. Demikian menurut wasiatnya yang telah dibaca dan dikeluarkan pada Isnin - cukup dua bulan selepas kematiannya. Menurut para peguamnya, Mandela yang meninggal dunia pada usia 95 tahun telah mewasiatkan separuh daripada harta peninggalannya kepada Graca termasuklah empat hartanah di negara jiran Mozambique. Royalti hasil daripada penulisan bukunya dan lain-lain projek yang berkaitan termasuklah rumahnya di Johannesburg, Qunu dan Mthatha akan diserahkan kepada yayasan keluarga. Manakala rumahnya di Houghton, Johannesburg kediaman di mana dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5 Disember lalu akan diberikan kepada ahli keluarga anak lelakinya, Makgatho.

"Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat kediaman ini terus digunakan sebagai tempat berhimpun kesemua ahli keluarga saya," demikian menurut wasiat yang ditinggalkan Mandela. Setiap seorang anak Mandela telah menerima AS$300,000 dalam bentuk pinjaman ketika dia masih hidup tetapi kini pinjaman tersebut akan dianggap langsai jika ada mana-mana di antara mereka tidak mampu untuk membayar semula pinjaman tersebut. Mandela juga turut memberi sejumlah AS$4,500 seorang kepada setiap anggota kakitangannya termasuk pembantu peribadi paling lama iaitu Zelda la Grange. Sejumlah AS$90,000 turut diberikan kepada Universiti Wits dan Universiti Fort Hare dan jumlah yang sama kepada tiga buah sekolah lagi. Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang mana Mandela memimpin dan mencapai kemenangan pertama selepas pasca apartied pada tahun 1994, turut menerima sebahagian besar daripada harta peninggalannya. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!