Tuesday, February 4, 2014

Wanita seiras yakin mereka kembar kerana ada banyak persamaan.. Mungkinkah?



 Wanita seiras yakin mereka kembar kerana ada banyak persamaan.. Mungkinkah? | Dua wanita seiras yang dibesarkan oleh dua keluarga angkat berbeza dari dua benua menjalani ujian asid deoxyribonucleic (DNA), baru-baru ini bagi mengesahkan mereka merupakan pasangan kembar. Perkara itu dibuat selepas seorang daripada wanita tersebut mengesan mereka mempunyai banyak persamaan selepas menonton sebuah klip video dari laman perkongsian YouTube pada tahun lalu. Anaïs Bordier, 27, yang dibesarkan oleh keluarga angkat dari Perancis dan Samantha Futerman yang dipelihara keluarga angkat dari Amerika Syarikat (AS), bukan sahaja mendapati mereka dilahirkan di Korea Selatan, malah turut mempunyai tarikh lahir yang sama. ''Saya terkejut malah pada masa sama berasa teruja. Sam (Futerman) membalas mesej saya (tweet) dan mengemukakan sekeping gambar tentang rekod kelahirannya.

''Pada masa itu tidak terlintas dalam diri saya untuk menyatakan bahawa dia (Futerman) adalah kembar saya. Namun, apabila dia menghantar gambar-gambar lain, saya berasa seperti diserang sakit jantung, malah ia juga adalah saat yang paling indah,'' kata Bordier, seorang pelajar pereka fesyen di London. Futerman kemudian mewujudkan sebuah laman di laman web kewangan Kickstarter bagi membiayai projek ujian DNA yang menelan kos sebanyak AS$30,000 (RM100,485) dan berjaya mengumpul sebanyak AS$44,000 (RM147,378) hasil derma daripada lebih seribu orang. Bagaimanapun, Futerman dan Bordier hanya akan mendedahkan keputusan ujian DNA itu menerusi dokumentari tentang kisah mereka yang dijangka menelan kos sebanyak AS$80,000 (RM267,960) untuk diterbitkan.

Mereka kini sedang mengumpul dana dengan melancarkan satu lagi kempen di laman web tersebut dan masih belum dapat dipastikan tentang tarikh pelancaran dokumentari berkenaan. Selepas dilahirkan, Bordier diletakkan di bawah pusat jagaan kanak-kanak AS, sebelum diambil oleh keluarga angkat dari Perancis tiga bulan kemudian, manakala Futerman dipelihara oleh keluarga angkat dari AS. Dokumen kelahiran kedua-dua wanita itu, bagaimanapun tidak menyatakan tentang ibu bapa mereka termasuk maklumat, sama ada mereka mempunyai adik beradik lain. - AGENSI



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!