Sunday, February 23, 2014

Misteri hilangnya sehelai kot kulit buaya bernilai AS$130,000



Misteri hilangnya sehelai kot kulit buaya bernilai AS$130,000 | Sehelai kot kulit buaya yang bernilai AS$130,000 (RM429,789) telah dicuri seorang lelaki dari sebuah butik pakaian Burberry yang terletak di sebuah pusat beli-belah paling sibuk di Hong Kong, kata polis semalam. Sebelum itu, kot mahal dengan rekaan trend terkini tersebut dipamerkan pada sebuah patung dan ia hanya disedari telah hilang oleh kakitangan butik berkenaan ketika mereka mahu menutup pintu kedai pada hari Rabu lalu. “Individu yang membuat laporan mengenai kes itu mendapati sehelai jaket bernilai AS$130,000 telah hilang. “Satu tayangan rakaman kamera keselamatan telah membuatkan kakitangan di butik itu percaya ia telah dicuri," kata pihak polis dalam satu kenyataan. Katanya lagi, pihak polis kini sedang mencari lelaki berbadan sasa yang disyaki berusia di antara 30 dan 40 tahun. - AFP

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!