Tuesday, March 11, 2014

Gambar ikan paus sepanjang 10 meter yang tersangkut pada pukat nelayan



Gambar ikan paus sepanjang 10 meter yang tersangkut pada pukat nelayan | Seekor ikan paus sepanjang 10 meter dijumpai mati kelmarin selepas tersangkut pada pukat milik seorang nelayan di Tunisia di persisiran pantai Sidi Bou Said yang terletak di utara bandar ini. kelmarin. Nelayan itu, Bilel Jerbi, 24, berkata, pada mulanya dia menyangka pukat miliknya tersangkut pada sebuah bampar kereta. "Selepas saya menarik jaring berkenaan, saya melihat ekor ikan paus berkenaan,'' katanya. Ujarnya. spesies ikan paus itu masih belum dikenal pasti dan haiwan itu hampir mati ketika ia tersangkut pada pukat tersebut. Jerbi kemudiannya membawa ikan paus itu ke sebuah pelabuhan di Sidi Bou Said. Beberapa nelayan dan anggota pengawal pantai berusaha untuk membawa naik ikan paus tersebut ke darat.


 Pelabuhan itu juga dipenuhi orang ramai yang mahu melihat haiwan gergasi berkenaan dengan lebih dekat. Tambah Jerbi, dia mengalami kerugian yang besar selepas pukat yang digunakan untuk menangkap ikan rosak selepas ikan paus itu tersangkut pada pukat tersebut. "Saya berharap dapat menjual daging ikan paus ini dan wang berkenaan digunakan untuk membeli pukat yang baharu,'' katanya. Seorang pengawal pantai berkata, ikan paus sepanjang 10 meter itu dianggarkan seberat tujuh hingga lapan tan. "Kami sebelum ini pernah melihat ikan paus sepanjang empat meter tetapi haiwan ini yang terbesar pernah dijumpai di sini,'' katanya. Menurutnya, punca kematian ikan paus berkenaan masih belum dapat dipastikan. - AFP




.

1 Penyokong CHELSEA:

✿INA AINAA✿ on March 11, 2014 at 3:30 PM said...

kesiannya... hurmmmm

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!