Lelaki 31 tahun mati, selepas terjatuh dari tingkat 12 di Wisma MABA, Jalan Hang Jebat | Seorang lelaki berumur 31 tahun meninggal terbunuh selepas terjatuh dari tingkat 12 di Wisma MABA Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, lewat petang semalam. Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, Lee Hon Hiung mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki. Katanya, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan ada individu yang terjatuh dari bangunan itu. "Sehingga ini, tiada saksi yang melihat kejadian itu dan siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kejadian disedari oleh orang awam yang terdengar bunyi objek jatuh. Zainuddin berkata polis sudah menghubungi waris mangsa dan mereka memaklumkan bahawa mendiang mengalami penyakit kurang daya ingatan. "Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan bedah siasat akan dijalankan," katanya. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. -BH
Gambar hiasan
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment