MH370 : Misteri telefon bimbit terjawab | Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari kelima, hari ini. Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri. Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara, katanya kepada MailOnline. Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air. Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan.
Ini bermakna, jika telefon bimbit itu benar-benar dapat dihubungi, pesawat itu telah mendarat di daratan dan di lokasi yang mempunyai liputan berbanding di dalam hutan atau kawasan laut. Sementara itu, Dr. Martyn Thomas dari Institut Teknologi dan Kejuruteraan tampil dengan teori yang men dakwa kehilangan MH370 mungkin melibatkan kerosakan alat komunikasi secara tiba-tiba. Martyn menjelaskan, proses penyahmampatan secara mengejut yang berlaku di dalam pesawat boleh menyebabkan semua penumpang, krew dan juruterbang pengsan atau terbunuh, sekali gus merosakkan peralatan komunikasi. Dalam senario itu, katanya, pesawat terbabit mungkin terbang secara sendiri melalui sistem panduan automatik dan berada pada jarak kira-kira 3,218 kilometer dari lokasi kejadian sebelum mendarat atau terhempas. -Utusan
.
4 Penyokong CHELSEA:
macam2 kemungkinan yang tak terjangkau dek akal...semoga khabar berita yg terbaik diterima
Semoga kita mendapat hidayah dari Allah Yang Maha Esa dalam misi pencarian MH370.
Kita doakan yang terbaik semoga kesemua krew dan penumpang MH370 berada dalam keadaan selamat.
Semoga kita mendapat hidayah dari Allah Yang Maha Esa dalam misi pencarian MH370.
Kita doakan yang terbaik semoga kesemua krew dan penumpang MH370 berada dalam keadaan selamat.
Semoga kita mendapat hidayah dari Allah Yang Maha Esa dalam misi pencarian MH370.
Kita doakan yang terbaik semoga kesemua krew dan penumpang MH370 berada dalam keadaan selamat.
Post a Comment