MH370 : Penjelasan Bomoh Ibrahim Mat Zin atau digelar Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP mengenai ritual yang dibuat di KLIA | Bomoh Ibrahim Mat Zin, pada Rabu, mengadakan sesi kedua upacara ritual dalam usaha untuk membantu mengesan kapal terbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib. Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang. "Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia telah terhempas," katanya kepada pemberita.
Ibrahim berkata, ritual-ritual simbolik telah digunakan untuk banyak generasi. Dia menjelaskan bahawa apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin-pemimpin negara telah mengundangnya. Pada Isnin, Ibrahim menggunakan teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang. Bernama melaporkan bahawa Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa-mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. Video 25 saat sesi kedua ritual Ibrahim telah tersebar. -Mstar
.
4 Penyokong CHELSEA:
kenapa lah? Adoiii
pendapat saya, ini menyalahi ajaran agama Islam
Setau saya dalam agama islam kita takde istilah 'semangat jahat' mcm yg dikatakan bomoh ni. Dan sape la yg iktiraf dia sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP @ Datuk Mahaguru'? gelaran tu pn dia yg bagi kat diri sendiri dan agak menunjuk gak....tak taula sape yg percaya dia ni....
nak kata mcm mn lg....bomoh ni penyokong kuat umno...
umno bkn ada org cerdik pun
Post a Comment