Wednesday, April 16, 2014

Bayi istimewa yang lahir dengan kembar parasit selamat dibedah


Bayi istimewa yang lahir dengan kembar parasit selamat dibedah | Sekumpulan pakar bedah China berjaya membuang anggota badan berlebihan pada seorang bayi yang lahir dengan mempunyai empat tangan dan empat kaki di sebuah hospital di selatan negara ini, baru-baru ini. Akhbar tempatan, Global Times yang memetik kenyataan ketua doktor bedah Pusat Perubatan Kanak-Kanak dan Wanita Guangzhou, Yu Jiakang berkata, bayi tersebut sepatutnya mempunyai pasangan kembar, namun kembarnya tidak membesar dengan sempurna. Jiakang berkata, bayi berusia 13 hari itu mempunyai satu kepala namun kembarnya bercantum pada badan menyebabkan beratnya menjadi lebih tiga kilogram apabila dilahirkan pada 2 April lalu. “

Bahagian anggota badan yang berlebihan itu mencecah berat kira-kira 600 gram. “Kini bayi itu dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan empat hari lalu," katanya. Bapa bayi itu yang hanya dikenali sebagai Chen berkata, dia membawa anaknya ke banyak hospital untuk mengetahui keadaan bayi tersebut sebelum menjalani pembedahan. Katanya, tiada doktor yang mampu menjelaskan situasi yang berlaku pada bayi itu dan dia menyalahkan dirinya kerana tidak menjaga isteri semasa mengandung. “Saya hanya sibuk bekerja dan mengabaikan tanggungjawab untuk membawa isteri saya melakukan pemeriksaan di hospital," katanya. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!