Tuesday, April 15, 2014

Bayi maut selepas minum susu ibu yang mengandungi morfin



Bayi maut selepas minum susu ibu yang mengandungi morfin | Seorang ibu dijatuhi hukuman 20 tahun penjara kerana menyebabkan kematian bayi perempuannya selepas memberi susu badan yang mengandungi morfin. Bekas jururawat Stephanie Greene, 39, dari South Carolina, Amerika Syarikat didapati bersalah mengambil morfin dan ubat penahan sakit lain tanpa memberitahu doktor yang beliau sedang dalam tempoh menyusukan bayinya. Bayinya, Alexis berusia 6 minggu dilaporkan maut selepas laporan toksikologi mengesahkan kematian itu berpunca dari susu badan yang diambil. Pendakwa raya Barry Barnette berkata, Greene yang ketagih morfin didapati bersalah membunuh dan mengabaikan keselamatan bayinya itu.

“Ini bukan dakwaan penyusuan. Greene lebih suka mengambil dadah daripada menyayangi anaknya,” katanya kepada Nydaily. Seorang pakar perubatan memberi keterangan, melalui ujian bedah siasat mendapati terdapat kandungan morfin berlebihan dalam tubuh bayi berkenaan. “Kami dapati terdapat empat auns dadah di dalam tubuh bayi berkenaan, sebagai seorang bekas jururawat dia sepatutnya mengetahui bahaya pengambilan ubat dan dadah berkenaan terhadap bayinya,” katanya. Susulan kesalah itu, Greene menghadapi hukuman penjara seumur hidup dan harus berkhidmat sekurang-kurangnya 16 tahun dalam penjara di bawah undang-undang South Carolina. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!