Gambar kelawar yang dikatakan haiwan jadi-jadian di Jawa Timur | Gara-gara kehilangan wang, seorang penduduk Kedung Sari, Kecamatan Maron, Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur, menangkap seekor kelawar yang diyakini kerap mencuri wang. Kelawar tersebut mereka sebut sebagai "Pok-kopok". Kelawar itu diyakini adalah haiwan jadi-jadian yang dikirim seseorang berniat jahat ke rumah pernduduk. Djalil (52), warga tempatan yang menangkap "Pok-kopok", kelawar berwarna oren dengan sayap bergaris hitam. Dia meletakkan haiwan tersebut di dalam sebuah bekas dan kini menjadi tontonan penduduk. Menurut Djalil, haiwan itu masuk ke dapur rumahnya dua kali. Ketika "Pok-kopok" ke rumahnya, Djalil mengaku tiba-tiba kehilangan wang. Oleh sebab itu, Djalil dan penduduk lain menuduh haiwan itu pencuri wang. Haiwan jadi-jadian itu ditangkap oleh Djalil dengan cara yang aneh, iaitu dengan bogel dan menggunakan sapu lidi.
“Sebelum ini saya sempat tanya pada dukun, menangkap 'Pok-kopok', syaratnya harus telanjang bulat dan pakai sapu lidi. Jadi saya menggunakan cara itu sehinggalah kelawar itu masuk kedalam rumah,” katanya. Tanpa dibantu saudara dan isterinya, Djalil menangkap haiwan tersebut sendirian. Hasilnya, haiwan yang disyaki dikirim oleh orang lain itu ditangkap, kemudian dimasukkan ke sebuah bekas. Penemuan kelawar itu juga dikaitkan oleh penduduk yang banyak kehilangan wang antara Rp 50.000 hingga Rp 250.000 yang di simpan di dalam bilik rumahnya. Amin, warga tempatan, menyebut, selama ini penduduk memang kerap kehilangan wang. “Saya sendiri juga pernah kehilangan wang setelah disimpan di dalam bilik. Mungkin 'Pok-kopok' ini yang mencuri,” katanya. -Tr
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment