Thursday, April 10, 2014

MH370 : Sah isyarat detik yang dikesan adalah daripada kotak hitam


MH370 : Sah isyarat detik yang dikesan adalah daripada kotak hitam | Pakar-pakar di Australia dan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat detik yang dikesan kapal-kapal mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi merupakan peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC). Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa isyarat 33.31 kilohertz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang daripada kotak hitam pesawat MAS penerbangan MH370. "Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada pukul 4.27 petang dan 10.17 malam semalam," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS MH370 di sini semalam. - Kosmo




.

1 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on April 10, 2014 at 9:18 AM said...

semoga pencarian ni terus berhasil sebab terbaca yang kotak hitam punya life span cuma 35 days saja paling lama boleh bertahan...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!