Selepas terlalu lama ketumbuhan besar di pipi, pelakon veteran Sidek Hussain kini derita hidap kanser | Selepas 30 tahun menanggung derita ketumbuhan di pipinya, pelakon veteran Sidek Hussain disahkan menghidap penyakit kanser. Berita itu ternyata mengejutkan aktor berusia 63 tahun hingga mencetuskan kebimbangan terhadap kos rawatan yang mencecah puluhan ribu ringgit yang harus ditanggungnya. Sidek yang kini ditempatkan di Hospital Besar Kuala Lumpur sejak 30 Mac lalu berkata, beliau sendiri tidak pasti tahap kronik penyakitnya.
Namun yang pasti, akuinya, tubuh badannya semakin tidak bermaya dan lemah termasuk tidak lalu makan. “Tahap berapa dan jenis kanser yang dihadapi saya hanya akan diketahui dalam masa dua minggu lagi,” katanya dengan nada tersekat-sekat dengan suara yang perlahan ketika dihubungi di sini semalam.
.
6 Penyokong CHELSEA:
As-salam lulu..
Allahuakbar.. kesiannya.. semoga dia diberikan kekuatan dan kesembuhan..
Assalammualaikum...ana lulu,
harap2 pelakon ini sabar dalam menghadapi penyakit yang dihadapi dan sesama agar beliau cepat sembuh..
mselim3
@Mohd Selim Zainalmmg kesian,namun dari dulu dia ni tak nak buang ketumbuhan tu sbb dia kata tak sakit
allahuakbar. semoga cepat sembuh
semuga cepat sembuh
selalu tgk dia ni berlakon.. kesiannya.. semoga dia dimurahkan rezeki kesihatan yg baik
Post a Comment