Monday, April 14, 2014

Sekumpulan pemandu cetus kontroversi sanggup ambil gambar berlatar-belakang lelaki cuba bunuh diri



Sekumpulan pemandu cetus kontroversi sanggup ambil gambar berlatar-belakang lelaki cuba bunuh diri | Sekumpulan pemandu mencetuskan kontroversi apabila sanggup mengambil gambar beramai-ramai berlatar-belakang kejadian seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan melompat dari sebuah jejantas di sini, baru-baru ini. Portal berita Mirror melaporkan, kejadian itu berlaku apabila beberapa orang pemandu yang menggunakan Lebuh Raya 105 di Paramount, menghubungi pihak polis selepas terlihat seorang lelaki cuba membunuh diri di jejantas terbabit. Polis yang tiba di lokasi kejadian terpaksa menutup laluan kedua-dua arah lebuh raya berkenaan bagi memujuk lelaki itu supaya membatalkan hasratnya itu.

Ekoran kejadian itu, beratus-ratus pemandu terkandas selama tiga jam sebelum polis berjaya memujuk lelaki berkenaan daripada membunuh diri. Namun, pada masa yang sama 14 pemandu yang tidak berhati perut, sempat mengambil gambar tentang kejadian itu semata-mata untuk menghabiskan masa akibat terkandas lebih tiga jam ekoran insiden tersebut. Mereka mengambil gambar selfie, dengan berlatar belakangkan lelaki yang cuba membunuh diri itu sedang duduk di atas pagar jejantas tersebut. Malah seorang daripada pemandu berkenaan menggunakan nama samaran Samdawgl menyiarkan gambar kontroversi berkenaan melalui laman perkongsian gambar, Instagram sebelum menjadikan akaun miliknya sebagai sulit. -AP




.

4 Penyokong CHELSEA:

Che Akak on April 14, 2014 at 4:28 PM said...

macam2..sama jadi glemer

Unknown on April 14, 2014 at 7:30 PM said...

dorg nda tau kali tu...

Anonymous said...

Org yg nak bunuh diri tu yg bodoh Dan xberhati perut....nak bunuh diri pg la dalam hutan,nie buat kat public pesal....dah menyusahkan semua org,memang xberhati perut Lansung...bygkan Ade ambulance yg bwk pesakit nak lalu,than tibe tersangkut dlm jam tu...mahu xmampus pesakit tu dlm ambulance....stupidddd

ewanthology on April 15, 2014 at 12:28 PM said...

3 jam terkandas, mmg bosan gile la... tu pasal diorg selfie2....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!