Monday, April 14, 2014

Wanita itu dedahkan wajah sebenarnya di sebalik lapisan mekap yang dipakai selama ini


Wanita itu dedahkan wajah sebenarnya di sebalik lapisan mekap yang dipakai selama ini | Patung Barbie manusia Valeria Lukyanova akhirnya menunjukkan wajah sebenarnya di sebalik lapisan mekap yang dipakainya selama ini melalui beberapa ‘selfie’ yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini. Model Ukraine berusia 28 tahun itu yang bangga dengan wajah dan bentuk badan seakan anak patung popular berkenaan berkongsi beberapa gambar di akaun Facebook miliknya menunjukkannya wajahnya dengan hanya bermekap nipis. Dia juga dilihat tidak menggunakan kanta lekap yang membuatkan anak matanya nampak besar seperti dimiliki patung. Walaupun tidak 100 peratus ‘asli’ dalam gambarnya, ia tetap jauh berbeza daripada perwatakan yang sering ditonjolkannya sebelum ini. Dalam satu gambar berkenaan, Valeria menunjukkan gambar ‘selfie’ yang diambil berlatarbelakangkan bilik air dan walaupun tetap menggunakan mekap, wajahnya tidaklah seperti anak patung.


Namun, bentuk badannya yang terlalu kurus sehingga menampakkan tulang rusuk mungkin sesuatu yang membimbangkan. Malah, Februari lalu Valeria membuat kenyataan mengejutkan bahawa dia kini mengamalkan ‘Breatharianism’ - kononnya amalan yang melatih dirinya sehingga tidak memerlukan makanan sebaliknya hanya hidup menyerap udara dan cahaya. ‘Selfie’ lain turut menunjukkan bentuk badannya yang terlalu kurus. Valeria juga menyertakan pautan untuk sesi senaman bintang Instagram Jennifer Selter yang terkenal dengan bentuk badannya yang cantik serta minatnya terhadap senaman. Valeria memang tidak asing dengan kontroversi, malah baru-baru ini mendakwa pembedahan kosmetik semakin banyak dilakukan kerana perkahwinan campur mengakibatkan manusia menjadi semakin hodoh.


“Pada 1950-an dan 1960-an kita dapat lihat begitu banyak wanita cantik berbanding sekarang. Semuanya tidak memerlukan pembedahan plastik ketika itu. “Namun, kini paras rupa manusia semakin buruk kerana perkahwinan campur berlaku. “Orang Russia berkahwin dengan orang Armenia dan mungkin anaknya comel, namun mukanya bercampur-campur - muka Armenia dengan hidung Russia. “Jadi terpaksalah si anak melakukan pembedahan plastik satu hari nanti untuk mengecilkan hidungnya supaya sesuai dengan wajahnya,” katanya ketika ditemu bual majalah. Kenyataannya menimbulkan kemarahan pembaca, namun Valeria tidak langsung mempedulikan reaksi terhadap pendiriannya itu. -AP




.

7 Penyokong CHELSEA:

JunAina on April 14, 2014 at 4:20 PM said...

Walaupun tak macam anak patung tetap cantik...

maszull on April 14, 2014 at 5:30 PM said...

assalamualaikum lulu...wajah asal pun dah cantik...;)

Unknown on April 14, 2014 at 9:53 PM said...

Tak make up pn dah cantik. Kalau make up lagi la cantik.

Unknown on April 15, 2014 at 8:25 AM said...

Tak makeup pun cantik

lynmunir on April 15, 2014 at 4:53 PM said...

Dia tetap cantik walaupun tanpa mekap. Infiority complex je dia ni.

Kak Mahh on April 15, 2014 at 5:08 PM said...

Cantik juga .

Anonymous said...

muke dia tnpe mekap tu dah lpas bedah plastik . bkn wajah ori =)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!