Mayat bayi lelaki ditemui dalam keadaan terduduk dalam pam tandas | Mayat bayi lelaki dipercayai lahir tidak cukup bulan ditemui dalam keadaan terduduk dalam pam tandas di Klinik Kesihatan Butterworth, semalam. Ia ditemui seorang wanita yang ingin mendapatkan rawatan di klinik itu kira-kira jam 9.10 pagi. Difahamkan, wanita itu membuka penutup bahagian pam apabila ia gagal berfungsi, lalu menemui mayat itu. Dia memaklumkan kejadian terbabit kepada kakitangan klinik yang kemudiannya menghubungi polis.
Berdasarkan pemeriksaan awal, mayat bayi terbabit dipercayai berusia sehari. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mayat bayi seberat 1.7 kilogram itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat. “Keterangan saksi akan direkodkan, manakala sistem kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti untuk mengenal pasti identiti pelaku. “Senarai pelawat dan pesakit turut diperiksa dan sampel DNA mayat bayi itu dikumpulkan bagi memudahkan polis mengesan ibunya,” katanya. -SH
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment