Misteri wanita 32 tahun menyamar jadi remaja 15 tahun | Seorang wanita berusia 31 tahun ditahan selepas menyamar sebagai pelajar di sebuah sekolah swasta di Texas, lapor media semalam. Charity Johnson mendaftar sebagai pelajar tahun kedua sesi kemasukan Oktober lalu di Sekolah New Life Christian di Longview. Dia mendaftar menggunakan nama Charite Stevens dan mendakwa berusia 15 tahun. Charity memberitahu polis, dia mendapat pendidikan di rumah dan tidak mempunyai transkrip rujukan sah bagi membolehkan dia mengikuti pengajian lanjutan.
Sementara itu, Tamica Lincoln yang tinggal di kawasan itu memberitahu stesen KLTV, dia membantu Charity memasuki sekolah berkenaan apabila diberitahu kononnya dia anak yatim yang didera oleh keluarga. Tamica juga membantu Charity memperkenalkannya dengan guru sekolah. “Saya menganggapnya sebagai anak, mendandan rambutnya dan membelikan baju serta kasut,” katanya.
Bagaimanapun, Tamica mula mengesyaki ada penipuan dilakukan oleh Charity selepas mendengar beberapa ceritanya yang bercanggah atau meragukan. Tamica kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis. Charity ditahan semalam selepas memperkenalkan dirinya kepada polis menggunakan nama samaran di sekolah, lapor KLTV itu. Charity kini berdepan dakwaan gagal untuk mengesahkan identiti dan memberi maklumat palsu, lapor polis. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment