Terkini!! Pesawat tentera terhempas di wilayah utara Xiangkhoung | Pesawat tentera Laos yang dipercayai bawa 20 orang termasuk Menteri Pertahanan negara itu terhempas di wilayah utara Xiangkhoung selepas berlepas dari ibu negara Vientiane. Xiangkhoung terletak kira-kira 470 kilometer dari ibu negara itu. Pesawat Lao Air Force jenis Antonov AN-74-300 itu dikatakan membawa Menteri Pertahanan, Douangchay Phichit, yang juga Timbalan Perdana Menteri Laos dan beberapa pegawai tertinggi kerajaan, termasuk Gabenor Vientiane. Rombangan berkenaan dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis rasmi Kementerian Pertahanan Laos. Setakat ini tiada pengesahan mengenai jumlah yang terkorban termasuk pengesahan dari kerajaan Laos. - AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment