Pengarah filem Titanic kena saman 3 kali ganda dari jumlah keuntungan filem itu.. Kenapa? | Pengarah terkenal Hollywood, James Cameron disaman tiga kali ganda daripada jumlah keuntungan filem Titanic, selepas seorang wanita mendakwa pengarah berusia 59 tahun itu mencuri ideanya mencipta mesin simulator tiga dimensi bencana Titanic. Laman web hiburan TMZ melaporkan, wanita yang dikenali sebagai Faan Qin itu, turut menfailkan saman ke atas syarikat penerbitan 20th Century Fox, Paramount dan mereka yang terlibat dalam penghasilan filem box-office tersebut. "Filem Titanic berjaya menjana pendapatan sebanyak AS$343 juta (RM1.12 bilion) dan saya mahu menyaman Cameron bersama yang lain, tiga kali ganda lebih banyak daripada keuntungan yang mereka peroleh atau RM3.36 bilion sebagai pengajaran," kata Qin.
Menurut tuntutan mahkamah yang difailkan, Qin mendakwa Cameron mencuri ideanya yang dikenali sebagai R.M.S Titanic Experience. Jelas Qin, mengikut perancangan awal, mesin simulator itu akan dibangunkan di Orange County dan Orlando, sebelum idea tersebut dicuri, sekali gus menyebabkan proses pembinaannya dihentikan. "Mesin simulator ini akan membolehkan orang ramai merasai pengalaman ketika kapal Titanic berlanggar dengan bongkah ais dan karam di lautan," ujarnya lagi. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment