Terkini!! Hubungan pelakon Diana Danielle dengan ibunya | Pelakon jelita, Diana Danielle dilaporkan sudah berbaik semula dengan ibunya, Norsiah Ramli yang sebelum ini hubungan mereka dikatakan keruh akibat krisis yang turut melibatkan suaminya, Farid Kamil. Desas-desus mengatakan hubungan anak-beranak ini sudah kembali jernih apabila dilihat ibu kepada aktres jelita ini memuat naik sekeping gambar di laman sosial Facebooknya baru-baru ini. Gambar tersebut melihatkan anaknya, Diana yang manis mengenakan tudung bersama-sama penyanyi manis yang sudah berhijrah, Mizz Nina yang berada di majlis Tahlil untuk Allahyarham Jeremy Little yang meninggal dunia baru-baru ini.
Norsiah turut menyelitkan nota yang berbunyi "Kakak bersama Mizz Nina di rumah Mummy. Tahlil untuk arwah Jeremy yang diadakan semalam. Al-Fatihah", jelas memaparkan hubungan mereka yang kembali pulih. Terdahulu, krisis keluarga ini bermula apabila Farid telah mengeluarkan beberapa status di laman Twitternya yang berbunyi sinis seolah-olah ditujukan kepada Norsiah di mana Farid telah menyatakan yang dia sudah 4 tahun bersabar dengan kerenah ibu mertuanya itu.
Selain itu, Farid turut melarang Norsiah daripada bertemu Diana dan cahaya matanya dan turut meletakkan syarat supaya Norsiah berjumpanya terlebih dahulu untuk menyelesaikan beberapa perkara yang melibatkan mereka berdua. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga hubungan mereka kembali pulih seperti biasa dan melupakan sengketa lama demi keharmonian dan kebahagian dapat dikecapi oleh keluarga ini di dunia mahu pun di akhirat.
.
2 Penyokong CHELSEA:
adoila... ada gak masalah mcm ni kan
sepatutnya..sebagai menantu..kita kena hormat ibu mertua mcm mana kita hormat kat emak kita sendiri..mana blh main letak syarat mcm tu.x baik..apa perasaan kita bila dah tua nanti..menantu kita buat syarat mcm tu kat kita...adoilah dunia
semoga segalanya pulih seperti sediakala...
Post a Comment