Friday, June 20, 2014

Amalan paling teruk sepanjang Piala Dunia 2014


Amalan paling teruk sepanjang Piala Dunia 2014 | Perbezaan masa 11 jam antara China dan Brazil membuka peluang perniagaan lumayan kepada sebahagian individu untuk menjual sijil cuti sakit palsu kepada peminat bola sepak yang berjaga sepanjang malam kerana menonton perlawanan Piala Dunia. Hasil carian oleh agensi berita AFP untuk kata carian 'Beijing' dan 'cuti sakit' menerusi enjin carian China, Baidu semalam menampilkan 49,000 keputusan termasuk mengenai vendor yang menjual salinan sijil sakit hospital, lengkap dengan cop rasmi dan tandatangan doktor. Namun, platform dalam talian terbesar di China, Taobao melarang kata carian untuk Piala Dunia dan sijil sakit selepas berlaku peningkatan mendadak dalam penawaran sijil haram itu baru-baru ini.

Perkembangan tersebut menyebabkan penjual-penjual cuti sakit di China beralih pada laman web jaringan sosial seperti Sina Weibo untuk mengiklan produk mereka. "Jarak masa yang besar mungkin menjejaskan peminat China menonton semua perlawanan Piala Dunia. Saya dengan ini melancarkan perkhidmatan jualan sijil sakit untuk memenuhi permintaan orang ramai," kata seorang penjual sijil haram itu, Guitarist Playing a Ukulele di laman jaringan sosial Sina Weibo.

Penonton perlawanan Piala Dunia yang lesu untuk ke pejabat boleh memilih pelbagai penyakit seperti demam, keguguran dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) untuk dituliskan pada sijil sakit mereka. "Saya menguruskan perniagaan ini secara jujur dan tidak akan mendedahkan pesanan anda," kata penjual tersebut. Satu sijil cuti sakit rata-rata dijual pada harga sekitar 20 yuan (RM10) di laman sosial negara itu. Seorang penjual sijil sakit di China pula menyatakan, dia dapat menjual purata sebanyak 30 surat tersebut pada setiap hari. - AFP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!