CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU - AIRISZ | Lulu memang suka sangat novel tulisan penulis ni. Bersahaja dan sempoi saja.. Mengisahkan mengenai Puteri yang memiliki ibu tiri dan kakak tiri yang memang terang-terangan tak sukakan dia. Tapi nak buat macam mana, Puteri terpaksa menerima kehadiran mereka di rumah arwah ibu Puteri sejak ayah mengahwini mama. Keinginan arwah ibu agar Puteri kahwin dengan Ashraf membuatkan Puteri memang benar-benar dalam dilema. Entahlah, Puteri memang hairan sangat dengan Ashraf yang tak serupa kekasih lain. Pendek cerita, memang takde perasaan langsung. Dah lah selalu sangat pinjam duit..huh..
Tapi berbeza pula dengan Daniel, lelaki kacak dan seorang peguam yang memang berjaya mencuri perhatiannya. Sejak pertemuan mereka di KFC, entah bagaimana terasa wujudnya satu hubungan yang indah antara mereka.. Yelah, sahabatlah kononnya, dan mereka rapat sejak dari itu. Namun, ketika tiba masanya keinginan arwah ibu Puteri direalisasikan, iaitu perkahwinan antara Puteri dan Ashraf dilangsungkan, sesuatu telah terjadi. Siapa sangka, kakak tiri sendiri ada hubungan sulit dengan Ashraf?? Kenyataan tu memang pedih untuk diterima, namun ketika dia membuat keputusan untuk memilih Daniel sebagai teman hidup, nampaknya ketika itulah kehidupan Puteri akan berubah 100%.
Tajuk : Cik Cinderella dan Encik TengkuPenulis : AiriszHalaman : 475 muka suratHarga : RM21/RM24
P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina
.
2 Penyokong CHELSEA:
macam menarik ni...thanks for sharing dear...
Dah lama tak baca novel cintan cintun gini hehe.
**SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html
Post a Comment