Tuesday, June 10, 2014

Lelaki bertindak kejam kerana merasakan dia tidak dilayan dengan baik oleh majikannya



Lelaki bertindak kejam kerana merasakan dia tidak dilayan dengan baik oleh majikannya | Seorang pekerja restoran menculik dan membunuh anak saudara bekas majikannya selepas dia berhenti kerja kerana merasakan dirinya tidak dilayan dengan baik. Wang Wenlian, 45, menculik kanak-kanak berusia 10 bulan itu dari restoran Chuanfu di Jiaxing, di wilayah Zhejian, timur China. Dia dikatakan berdendam terhadap bekas majikan dan rakan sekerjanya kerana melayan dengan buruk dan langsung tidak menghormatinya. Wang yang kerjanya memotong ayam di restoran itu dilapor berhenti selepas diherdik majikannya kerana terlalu lembap. Pada hari dia menculik budak itu, Wang cuba bercakap dengan bekas majikannya apabila dia melihatnya dengan beberapa rakan dan anggota keluarga. Dia kemudian melarikan kanak-kanak itu.

Wang dilapor memberitahu polis, dia terlalu marah apabila kanak-kanak itu menangis tanpa henti lalu bertindak membunuh mangsa dan menanamnya. Mayat kanak-kanak itu ditemui awal kelmarin. Wang kemudian ditangkap ketika asyik minum arak tidak jauh dari tempat kejadian. Ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang di restoran berkenaan menyangka Wang cuba bergurau dengan anaknya. Bagaimanapun, dia terkejut apabila anaknya hilang bersama-sama Wang. Bekas majikannya berkata, dia sebelum ini mengambil Wang bekerja kerana bersimpati dengan lelaki itu. “Saya masih memberinya wang dan tempat tinggal walaupun Wang sudah berhenti bekerja,” katanya. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!