Friday, June 13, 2014

Punca kanak-kanak perempuan 7 tahun maut jatuh dari balkoni kediaman



Punca kanak-kanak perempuan 7 tahun maut jatuh dari balkoni kediaman | Seorang ibu tidak menyangka anak perempuannya berusia tujuh tahun maut terjatuh dari balkoni tingkat enam kediaman pangsapuri didiami ketika dia pergi ke kedai berhampiran. Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam, mangsa Nur Alisya Mohd Rafiq yang tinggal di rumah bersama abang dan kakaknya berusia lapan dan 10 tahun ditemui orang ramai terjatuh di tingkat bawah Pangsapuri Sri Angkasa Seksyen 28 di sini. Ibu mangsa, Nur Suzana Abdullah, 38, berkata, tragedi itu hanya disedari ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai berhampiran pangsapuri itu. Menurutnya, dia terkejut apabila melihat sekumpulan penduduk mengerumuni ‘sesuatu’ di pekarangan kawasan kediamannya.

“Saya cuba melihat apa yang berlaku, namun terkejut apabila mendapati Alisya terbaring di atas jalan. “Alisya sering bermain di balkoni rumah kerana ingin melihat pemandangan. Saya tidak sangka tindakannya itu akan meragut nyawa Alisya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang semalam. Dia bagaimanapun tidak dapat meneruskan perbualan kerana terlalu sedih hingga terpaksa ditenteramkan ahli keluarga dan rakan yang turut berada di HTAR.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Mohd Shahril Abd Hadi, 27, berkata, dia terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa walaupun sempat melihat mangsa tergantung di balkoni rumah didiami. “Saya bersama dua lagi jiran berlari ke bawah pangsapuri dan mengambil permaidani untuk menyambut mangsa. Namun, belum sempat kami membentangkan permaidani itu, mangsa sudah terjatuh. “Saya mendengar jeritan mangsa meminta tolong, tetapi kami tidak mampu berbuat apa-apa. Mangsa jatuh betul-betul di hadapan saya,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -Metro




.

1 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on June 13, 2014 at 2:14 PM said...

Allahuakbar..memang kesian kat anak & mak... sekejap aja tinggal

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!