Saturday, July 12, 2014

Ahli perniagaan 'sajikan' wanita Vietnam di restoran



Ahli perniagaan 'sajikan' wanita Vietnam di restoran | Tindakan seorang ahli perniagaan menjadikan restoran miliknya sebagai lokasi untuk menjalankan kegiatan pelacuran membawa padah apabila premis itu diserbu sepasukan anggota polis, di Taman Perindustrian Mentakab, dekat sini, pagi tadi. Serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu dilakukan anggota polis Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh.

Ia dilakukan selepas polis menerima maklumat awam berhubung kegiatan pelacuran yang dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu dengan menjadikan wanita warga Vietnam sebagai 'sajian'. Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, ketika serbuan dilakukan polis mendapati suasana di dalam restoran itu samar dengan ada beberapa lelaki sedang berhibur.

Katanya, selepas pemeriksaan dijalankan, polis menahan penjaga premis itu bersama 12 wanita warganegara Vietnam kerana dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di restoran berkenaan. "Siasatan awal mendapati, semua wanita itu mempunyai dokumen perjalanan sah namun pada masa sama dipercayai menjalankan aktiviti haram iaitu pelacuran. "Bagaimanapun, tiada sebarang barang kes dirampas sebelum semua wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu bersama penjaga premis berusia 28 tahun dibawa ke IPD Temerloh untuk membantu siasatan," katanya.





.

1 Penyokong CHELSEA:

maszull on July 12, 2014 at 4:49 PM said...

assalamualaikum lulu...mcm2 hal skg ni...;)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!