Wednesday, July 30, 2014

Akibat berang lihat bekas kekasihnya berpoya-poya dengan teman lelaki baru


Berang bekas kekasihnya berpoya-poya dengan teman lelaki baru, seorang lelaki lingkungan 30-an nekad menyerang lelaki berkenaan hingga cedera parah di kedua-dua belah bahu di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdul Rahman di sini, pagi Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek dipercayai bersenjatakan pisau pada mulanya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap bekas kekasihnya lingkungan 20-an hingga menarik perhatian orang ramai. Berikutan itu, mangsa lingkungan 20-an cuba meleraikan pertengkaran itu menyebabkan suspek berang lalu berlaku pergelutan.

Difahamkan, ketika bergelut suspek mengeluarkan senjata tajam dipercayai pisau lalu menikam bahu kiri dan kanan mangsa, selain pergelangan tangan kiri sebelum melarikan diri. Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mangsa yang terbaring dengan kesan luka di bahu dan tangan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi mendapatkan rawatan. -Metro




.

1 Penyokong CHELSEA:

Yun Sing on July 30, 2014 at 2:30 PM said...

Orang zaman ini -_-"

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!