Wednesday, July 30, 2014

Subhanallah! Meninggal dunia dalam keadaan bersujud



Subhanallah! Meninggal dunia dalam keadaan bersujud | Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dalam keadaan sedang bersujud di rumahnya di Kampung Teluk Lipat, Dungun, petang semalam. Ambak Mohamad, 82, disedari meninggal dunia oleh anak saudaranya yang datang ke rumahnya untuk berhari raya, kira-kira jam 5.30 petang. Allahyarham yang tinggal bersama isteri dan anak angkat dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau ketika ditemui.

Menurut anak saudara Allahyarham, Zulkfli Harun, 58, isteri dan anak angkat mangsa mengalami masalah mental dan kerana itu tidak menyedari warga emas berkenaan sudah meninggal dunia.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. -Metro




.

1 Penyokong CHELSEA:

Yun Sing on July 30, 2014 at 2:27 PM said...

Ow.. :o

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!