Thursday, July 24, 2014

Bila mangsa nahas MH17 warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke tanahair?



Bila mangsa nahas MH17 warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke tanahair? | Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata mayat warganegara Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, mungkin tidak dapat dibawa pulang sebelum sambutan Aidilfitri. Perdana Menteri berkata ini disebabkan isu teknikal yang terlibat dalam proses pengesahan DNA. "Saya rasa sedih kerana saya terpaksa memaklumkan perkara ini kepada keluarga berkenaan (tentang perkembangan ini)," katanya kepada pemberita selepas menandatangani buku takziah bagi memperingati 298 orang terbunuh dalam nahas pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai, di kediaman Duta Belanda di Malaysia, Harry Molenaar, di sini.

Najib berkata proses pengesahan identiti mangsa perlu dilakukan mengikut prosedur ketat, dengan mengambil kira bukti diperlukan bagi kemungkinaan pendakwaan. "Kita tidak dapat mengelak daripada proses rumit dan ketat ini. Ini bagi memenuhi keperluan dari segi teknikal dan undang-undang," katanya. Perdana Menteri berkata keseluruhan proses itu dijangka "mengambil masa beberapa minggu atau malah beberapa bulan". - Bernama




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!