Friday, July 25, 2014

Bot pancung bawa penumpang karam di Tanjung Ketapang, Muar



Bot pancung bawa penumpang karam di Tanjung Ketapang, Muar | Sebuah bot pancung membawa 28 penumpang karam di kedudukan 15 batu nautika barat daya Tanjung Ketapang, Muar, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan. Ketua Pengarah Operasi Maritim APMM, Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata, maklumat tentang kejadian itu diterima oleh VTS Klang, Bahagian Keselamatan Pelayaran, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia di Pelabuhan Klang. "Menurut maklumat awal VTS Klang, sebuah kapal kargo MSC Valeria yang melalui kawasan tersebut telah memaklumkan mereka sedang menyelamat dua mangsa yang sedang terapung," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan tetapi berdasarkan maklumat awal ia dipercayai seramai 28 orang. Ibrahim berkata, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan dengan dua bot laju APMM telah digerakkan ke tempat kejadian. Kejadian kira-kira 11.20 pagi itu merupakan susulan kejadian bot pancung membawa pendatang asing tanpa izin yang karam di perairan Tanjung Piai pada 14 Julai lepas dan mengorbankan 12 nyawa. - Bernama




P/S - Sekadar gambar hiasan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!