Wednesday, July 23, 2014

China bakal miliki menara tertinggi berwarna pink!



China bakal miliki menara tertinggi berwarna pink! | Baru saja China mencipta sejarah memiliki antara menara tertinggi di dunia. Kini mereka merancang membuat satu lagi, yang lebih tinggi. Yang paling unik, rancangannya bangunan itu akan berwarna merah jambu! Kurang dari setahun lalu, China baru saja membuat menara tertinggi di dunia. Menara ini setinggi 838 meter di Changsa, China Tengah. Namun akan datang, China akan memiliki menara baru yang akan lebih tinggi. Menara ini akan setinggi 1 km atau setara dengan 1000 meter dan akan siap pada tahun 2018. Menara yang akan berdiri di tengah pulau di salah satu danau di Wuhan, Hubei ini akan berwarna merah jambu.

Warna unik ini dipilih kerana menara ini akan memantulkan warna matahari terbenam yang spektakuler di sana. Jika pembuatan menara ini berjaya, Burj Khalifa di Dubai akan kalah 172 meter lebih rendah dibandingkan yang ini. Sedangkan menara ini juga hanya akan menyandang gelaran tertinggi buat sementara saja. Kerana akan ada saingannya iaitu Kingdom Tower di Jeddah, Arab Saudi. Namun ianya hanya akan siap menjelang 2019.

1 Penyokong CHELSEA:

Kupukupu on July 23, 2014 at 4:28 PM said...

lawanyaaaaaaaaaaa

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!