Wednesday, July 23, 2014

Mayat mangsa MH17 dibawa pulang segera sebelum sambutan Aidilfitri


Mayat mangsa MH17 dibawa pulang segera sebelum sambutan Aidilfitri | Anggota keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 berharap mayat saudara mereka yang terlibat dalam tragedi itu dapat dibawa pulang ke tanah air sebelum sambutan Aidilfitri. Bapa saudara kepada Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, Ahmad Reza Abdullah berkata mereka sekeluarga juga mahu jenazah pramugari itu dikebumikan di kampung halaman mereka di Pulau Pinang. Beliau berkata sebagai seorang daripada anggota keluarga mangsa, beliau berterima kasih kepada kerajaan atas kesungguhan menunaikan permintaan anggota keluarga yang ingin mayat warganegara Malaysia dikebumikan di negara sendiri.

"Kami berharap urusan seterusnya akan berjalan lancar dan semoga mayat Nur Shazana akan dapat dibawa pulang ke tanah air sebelum sambutan Aidilfitri ini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. Ibu kepada Nur Shazana, Sharom Ibrahim pula masih risau dengan keadaan jenazah yang masih berada di luar negara itu. Sharom, 57 berkata mereka sekeluarga masih gusar dan susah hati memandangkan jumlah mayat yang dijumpai ketika ini masih tidak mencukupi jumlah sebenar keseluruhan penumpang pesawat. "Saya tidak pasti sama ada mereka telah menemui mayat Shazana atau tidak sebab jumlah yang ditemui hanya 282 mayat sahaja berbanding 298 penumpang... Selagi tidak jumpa kesemua mayat memang saya risau, susah hati," katanya. Sharom berkata wakil MAS hari ini telah mengambil sampel DNA dan telah dihantar untuk urusan selanjutnya. - Bernama




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!