Sunday, August 3, 2014

DILARANG MASUK KE DALAM HATIKU - MIA KIFF




DILARANG MASUK KE DALAM HATIKU - MIA KIFF | Novel ini mengisahkan Kifayah yang nekad meninggalkan rumah kerana dipaksa kahwin dengan seorang lelaki kaya bernama Man Boroi. Kifayah yang masih terlalu muda, memang sama sekali menolak kehendak ibu bapanya. Lalu dia mengikuti kawannya, Izzati ke Pulau Pinang, bekerja kilang. Disana dia jatuh hati dengan Arrian Syah yang turut bekerja ditempat itu. Diiringi dengan kawan-kawan di situ, Kifayah bahagia sehinggalah dia terlupa akan Man Boroi yang menanti untuk mengahwininya di kampung.

Namun ada masalah lain di tempat kerja, bila anak pemilik kilang, Engku Edry Ashman pula jatuh hati dengan Kifayah. Setelah beberapa kali bercerai, Engku Edry Ashman memang sudah sungguh-sungguh jatuh hati dengan gadis kampung itu. Pelbagai cara dilakukan demi untuk meraih hati Kifayah, namun Kifayah memang langsung tak terpikat. Sungguh, bagi Kifayah dan Arrian Syah mereka ingin bersatu di alam perkahwinan. Namun wang hantaran yang diletakkan ibu bapa Kifayah terlalu tinggi, memaksa Arrian Syah melakukan sesuatu yang membahayakan nyawa. Maklum saja, ibu bapa Kifayah sudah terlanjur pakai wang yang dihulur oleh Man Boroi. Untuk itu, Kifayah bertanggungjawab untuk ganti.

Hari yang dinanti tiba, namun Arrian Syah hilang tanpa khabar. Pertemuan tanpa di duga Kifayah dengan Engku Edry Ashman membuatkan keadaan jadi berbeza daripada apa yang dirancang. Dengan mudah, Engku Edry Ashman menggantikan tempat Arrian Syah dan perkahwinan antara mereka terus di langsungkan. Ibu bapa Kifayah tersenyum lebar kerana dapat menantu kaya. Sebaliknya, bagi Kifayah, dia memang sukar terima keadaan tu. Hatinya hanya untuk Arrian Syah, apatah lagi apabila dia dapat tahu sebab Arrian Syah tidak muncul hari tu. Bermulalah episod yang paling menduga buat Kifayah yang sudah bergelar isteri. Bukan dia tidak mahu redha menjadi isteri pada Engku Edry Ashman, namun sikap dan keperibadian lelaki itu, ahhh... Mahukah dia berubah demi cintanya pada si isteri? Bagaimana pula dengan Arrian Syah? Mampukah mereka melupakan cinta antara mereka??



Tajuk : Dilarang Masuk Ke Dalam Hatiku
Penulis : Mia Kiff
Halaman : 828 muka surat
Harga : RM30/RM33




.

1 Penyokong CHELSEA:

Yun Sing on July 28, 2014 at 3:39 PM said...

Complicated tul citenye.. xD

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!