Gadis ini melalui kemalangan ngeri tubuh tertusuk besi, namun dia selamat | Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat walaupun selepas anggota tubuhnya tertusuk besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan. Tiga batang besi tertusuk menembusi badannya mengakibatkan mangsa cedera teruk. Dia bagaimanapun tidak cemas dan terselamat walaupun dengan besi menembusi perut dan pahanya dan terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam. Lovely yang berasal dari kampung Basantpur di daerah Saran mengalami kemalangan itu selepas jatuh pada tiang simen ketika hendak tidur.Kejadian dikatakan berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan.
Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna. Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam. Keadaan Lovely kini dilapor stabil. “Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan,” kata Dr KN Sinha. Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius. “Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya.-Agensi
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment