Saturday, July 12, 2014

Jual dan promosi mercun di Facebook


Jual dan promosi mercun di Facebook | Polis menahan seorang lelaki yang mempromosi serta menjual mercun melalui laman sosial Facebook dalam satu serbuan di rumahnya di Beserah di sini petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Azizan Md Isa berkata, akaun Facebook yang menggunakan nama ’Adam Danial’ itu dikesan mempromosi bahan terlarang berkenaan pada 8 Julai lepas. "Susulan itu polis telah menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan suspek, 29, di rumahnya kira-kira 1.15 petang semalam.

"Hasil serbuan itu juga polis merampas 16 kotak pelbagai jenis mercun dan empat kotak bunga api yang bernilai RM1,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai peniaga baju di pasar malam dan sudah berkahwin itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1967. Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama




.

1 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on July 12, 2014 at 10:22 AM said...

teknologi kann??? memang tak dinafikan ada yang jual dan promote mercun di FB...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!