Thursday, July 31, 2014

Kisah guru yang punya kebiasaan pelik di Amerika Syarikat


Kisah guru yang punya kebiasaan pelik di Amerika Syarikat | Seorang artis, biasanya tidak akan menggunakan baju lebih dari dua kali disebabkan hanya ingin kelihatan berbeza di mata peminatnya. Namun hal ini tidak berlaku pada seorang guru dari Prestonwood Elementary, Richardson Amerika Syarikat bernama Dale Irby. Selama menjadi seorang guru di sekolah rendah tersebut iaitu selama 40 tahun, dia menggunakan baju yang sama ketika melakukan penggambaran buku tahunan. Dia selalu menggunakan kemeja putih dengan motif yang dikombinasikan dengan rompi berwarna coklat muda.


“Saya memang agak terkejut dan sangat malu ketika pihak sekolah menunjukkan foto-foto saya di buku tahunan, dan membuktikan bahawa saya memang mengenakan baju yang sama pada tiap-tiap tahun. Sebenarnya, ini adalah idea isteri saya, Cathy yang ingin membuat gurauan tentang foto ini. Pada 5 tahun pertama menggunakan baju yang sama dan saya ingin berhenti dia justru menegah. Jadi benarlah, saya telah mengikuti keinginan isteriku selama 40 tahun” ujar Dale. (Cyn/Ars)





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!