Thursday, July 31, 2014

Tragis Kejadian Tanah Runtuh Di India



Tragis Kejadian Tanah Runtuh Di India  | Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 200 dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kampung di barat India berikutan hujan lebat pada Rabu. Pasukan kecemasan bergegas ke perkampungan terpencil di daerah Pune di negeri Maharashtra itu di mana tanah runtuh di kawasan bukit menyebabkan batu-batu dan lumpur menimbus rumah-rumah. Penduduk dilaporkan sedang tidur dalam kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu.

"Sepuluh mayat telah ditemui setakat ini," kata Tripti Parule, jurucakap bagi Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan, dalam satu kiriman emel kepada AFP. "Dua orang yang masih hidup berjaya diselamatkan. Menurut pegawai daerah, kira-kira 150 hingga 200 orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh," katanya. Kira-kira 300 anggota penyelamat melakukan misi mencari dan menyelamat, namun hujan yang berterusan menyukarkan operasi mereka. - AFP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!