Wednesday, July 23, 2014

Punca 40 Pelajar Kolej Vokasional Arau keracunan makanan


Punca 40 Pelajar Kolej Vokasional Arau keracunan makanan | Lebih 40 pelajar Kolej Vokasional Arau di sini dipercayai keracunan makanan apabila mereka mengalami sakit perut, cirit-birit, muntah dan pening kepala malam tadi. Pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima tersebut yang tinggal di asrama kolej itu mula mengalami simptom mual, pening dan sakit perut tidak lama selepas berbuka puasa malam tadi. Mereka dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar, pukul 11 malam tadi untuk diberi rawatan dan keadaan mereka beransur pulih. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Kesihatan Perlis, Jafperi Othman berkata, punca keracunan itu mungkin daripada juadah yang dimakan oleh pelajar-pelajar terbabit semasa berbuka petang semalam dan bersahur sebelum itu.

"Jabatan Kesihatan telah mengambil sampel makanan yang disediakan pengusaha kantin kolej tersebut untuk dianalisis," katanya kepada media di sini hari ini. Menurutnya kejadian itu yang kedua membabitkan pelajar kolej itu dan operator yang sama selepas kali pertama berlaku September tahun lepas. Beberapa pelajar yang ditemui di HTF berkata ada antara mereka mengalami sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah dan pening kepala selepas bersahur dan ada mengalaminya selepas berbuka puasa petang semalam. Menurut mereka mengambil makanan bersahur yang dihidangkan iaiatu nasi putih bersama ayam dan sayur kangkung goreng manakala nasi putih dan gulai daging untuk berbuka puasa. Dalam perkembangan lain, Jabatan Kesihatan Perlis melancarkan operasi bersepadu 'Ops Aidilfitri' untuk menguat kuasakan Undang-undang Kesihatan Awam bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri mulai hari ini. - Bernama




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!