Thursday, July 24, 2014

Setelah membesar, anak Cristiano Ronaldo mulai ingin tahu siapa ibu kandungnya



Setelah membesar, anak Cristiano Ronaldo mulai ingin tahu siapa ibu kandungnya | Anak Cristiano Ronaldo yang berusia empat tahun masih tidak tahu siapa sebenar ibunya dan keluarganya tidak merancang untuk memberitahunya. Kakak Ronaldo, Elma, mendedahkan bahawa Cristiano Jnr, yang juga dipanggil Cristianinho sudah tidak lagi bertanya mengenai ibunya selepas mereka memberitahunya dia sudah mati. Bintang Real Madrid yang berusia 29 tahun itu mempunyai anak berkenaan hasil hubungan dengan seorang wanita yang tidak dikenali pada 2010. Elma berkata: “Pernah kami memberitahu Cristianinho bahawa ibunya kini di syurga. Tapi Ronaldo dan ibu saya melarang saya mengulanginya.

 “Kami kini akan memberitahu dia ibunya melancong. Ia membuatnya diam dan melupakannya serta tidak lagi bertanya soalan. Cristianinho tinggal bersama Ronaldo dan ibunya Dolores di Sepanyol. Dalam biografi yang dirasmikannya, Dolores berkata, Ronaldo bertegas mahu anaknya tidak mengetahui siapa sebenar ibunya. Bagaimanapun, Elma berkata: Jika suatu hari apabila dia dewasa dan Cristianinho tetap ingin mengetahui ibu kandungnya, ia terserah kepadanya dan tidak ada orang yang akan melarangnya.” - Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!