Thursday, July 24, 2014

Tragedi : Pesawat Taiwan terhempas ketika cuba mendarat



Tragedi : Pesawat Taiwan terhempas ketika cuba mendarat  | Sebuah pesawat yang cuba mendarat ketika ribut terhempas di luar lapangan terbang sebuah pulau kecil Taiwan hari ini dan Menteri Pengangkutan Taiwan berkata 47 orang terperangkap dan dikhuatiri maut. Menteri berkenaan, Yeh Kuang-shih dipetik Agensi Berita Pusat sebagai berkata 11 lagi individu cedera apabila pesawat berkenaan terhempas dan terbakar ketika cubaan mendarat kali kedua. Agensi berita itu sebelum ini melaporkan 51 orang terbunuh. Penerbangan GE222 iaitu pesawat ATR-72 yang dikendalikan syarikat penerbangan taiwan, TransAsia Airways, dalam perjalanan dari Kaohsiung ke Penghu. Ia terhempas di luar lapangan terbang di perkampungan Xixi. - AP

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!