9 Gambar mayat mangsa MH17 selamat mendarat di Eindhoven | EINDHOVEN, Belanda: Dua pesawat pengangkut tentera membawa 40 keranda mangsa nahas Malaysia Airlines MH17 mendarat di Eindhoven, Belanda.
Hadir menanti ketibaan pesawat berkenaan di Pangkalan Udara Eindhoven ialah Raja Belanda, Willem-Alexander, Permaisuri Maxima, Perdana Menteri, Mark Rutte dan pegawai kerajaan.
Ratusan ahli keluarga dan waris mangsa turut berada di sana.
Keadaan memang amat menyedihkan bagi yang hadir, kerana selepas beberapa hari sejak nahas, akhirnya mangsa-mangsa ini akan diuruskan dengan lebih baik dan bermaruah.- Agensi
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment