Emak mertua dakwa dirogol menantu sendiri | Seorang warga emas berusia 69 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh menantunya sendiri pada Jumaat lalu. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Martin Koo, kejadian didakwa berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa yang berseorangan di rumah sedang duduk berkemban di ruang tamu. "Tiba-tiba mangsa didatangi suspek (menantu) yang menolaknya hingga terbaring ke lantai. Suspek yang berumur 42 tahun menyelak kain mangsa dan terus merogolnya. "Mangsa cuba menjerit meminta tolong, namun suspek menyumbat mulutnya dengan kain," katanya.
Mengulas lanjut, Martin memberitahu, setelah merogol mangsa, suspek yang merupakan seorang penganggur terus melarikan diri. "Mangsa menceritakan kejadian ini kepada anaknya iaitu isteri suspek pada keesokan pagi sebelum membuat laporan polis. Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sibu untuk membuat pemeriksaan. Suspek juga ditangkap dan akan direman untuk siasatan," katanya. Tambah Martin, kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan. -Utusan
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment