Tragedi bot karam yang menyayat hati | BEBERAPA pelancong terpaksa berenang selama enam jam dan minum air kencing untuk terus hidup selepas sebuah bot karam di Indonesia, malam Sabtu. Dua warga Britain dimasukkan ke hospital manakala 15 orang lagi masih hilang. Sebuah bot yang membawa sekumpulan pelancong dalam perjalanan dari Lombok ke Kepulauan Komodo di selatan Indonesia dekat Bali sebelum karam kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan, malam Sabtu. Seramai 10 penumpang yang dipercayai warganegara New Zealand, Sepanyol, Perancis, Jerman, Belanda dan Britain berjaya diselamatkan.
Mereka berenang selama beberapa jam sebelum tiba di sebuah pulau terpencil. Sekumpulan pelancong itu dilaporkan bermalam di sana dan terpaksa minum air kencing untuk menghilangkan dahaga. Seorang jurucakap Kementerian Luar berkata: 'Kami mengetahui dua warganegara Britain dimasukkan ke hospital selepas tragedi bot karam di Barat Nusa Tenggara, Timur Indonesia pada Sabtu. Kami sedang menyediakan bantuan konsular. "Kami turut berhubung dengan pihak berkuasa mengenai tragedi itu dan bersedia menawarkan bantuan konsular kepada mana-mana warga Britain yang terlibat". -AP
.
1 Penyokong CHELSEA:
Kesiannyaaa.. hurmm nasib baik mereka terselamat
Post a Comment