Wednesday, September 24, 2014

Aneh.. Bayi lahir dengan lebihan daging dibelakang badan umpama ekor



Aneh.. Bayi lahir dengan lebihan daging dibelakang badan umpama ekor | Seorang bayi yang baru lima hari dilahirkan, terpaksa menjalani pembedahan selepas doktor mendapati dia memiliki lebihan daging yang menyerupai ekor di belakang badan. Mail Online melaporkan, bayi yang masih belum diberikan nama itu terpaksa menjalani pembedahan selama empat jam untuk membuang daging seberat 350 gram tersebut. Menurut doktor, daging berkenaan merupakan saudara kembar bayi tersebut yang mengalami masalah pertumbuhan anatomi tidak lengkap yang dipanggil sebagai kembar siam 'heteropagus' iaitu keadaan di mana kembar kepada bayi tidak berkembang sempurna.

Ibu bayi terbabit, Jamnibhen Patel, 30, berkata, dia terkejut dengan masalah kesihatan yang dialami oleh anak keempatnya itu dan mengakui pembedahan terpaksa dijalankan bagi mengelak daripada berlakunya penyakit kanser di kemudian hari. "Saya tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat keadaan anak saya. Bagaimanapun, saya berasa sangat gembira dia sudah menjalani pembedahan dan doktor mengesahkan anak saya sihat.


"Oleh kerana masalah kewangan yang kami hadapi, kami terpaksa meminjam wang sebanyak 1,000 pound (RM5,268) bagi membolehkan pembedahan dijalankan," kata Jamnibhen. Pengerusi Hospital Ahmedabad, Dr. Rohit Joshi di mana bayi berkenaan menjalani pembedahan berkata, kembar siam 'heteropagus' berlainan dengan kembar siam lain kerana tidak melibatkan penyambungan organ-organ utama badan seperti salur darah, perut atau tulang. "Keadaan ini sering berlaku di India serta negara-negara Afrika dan masalah ini boleh dikesan melalui ujian ultra bunyi dan imbasan MRI," ujarnya. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!