Friday, September 19, 2014

Dua jemaah haji meninggal dunia akibat sakit jantung



Dua jemaah haji meninggal dunia akibat sakit jantung | Dua jemaah haji yang meninggal dunia baru-baru ini di Tanah Suci adalah disebabkan masalah jantung dan bukannya kerana penyakit berjangkit lain seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesahkan punca kematian dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun itu pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pra Pelancaran Taman Permai Utama, di sini hari ini.

Katanya, jemaah pertama yang meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi pada 9 September lalu adalah dari Johor Bahru, Johor dan jemaah kedua berasal dari Sepang, Selangor meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 petang, 16 September lalu. "Kita telah buat persiapan dengan baik sebelum jemaah pertama tiba di tanah suci dan akan memberi rawatan terbaik sekiranya mereka mengidap penyakit sepanjang mengerjakan haji," katanya. Beliau berkata pihaknya akan memantau tahap kesihatan setiap jemaah haji negara ini bagi memastikan mereka tidak dijangkiti MERS-Cov atau virus Ebola. - Bernama




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!