Tuesday, September 2, 2014

[Gambar] #MH17: Petugas Media Ditumbuk Ahli Keluarga Mangsa



[Gambar] #MH17: Petugas Media Ditumbuk Ahli Keluarga Mangsa | Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini pada Selasa. Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.


Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan. Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan. -Mstar




.

1 Penyokong CHELSEA:

PinKy MoMMa on September 2, 2014 at 3:16 PM said...

mungkin pihak media blh beri ruang sikit pada ahli keluarga mangsa yg terlibat..mereka yg lalui nya sekarang ni..memang saat2 sukar..kadang2 bila soalan yg sama di tanya berulang2 kali sebenarnya boleh mengundang lg kesedihan pd ahli keluarga..

tekanan yg mereka rasa sekarang ni..harap2 tak de kejadian yg sama camni terjadi..bersabarla pihak media..faham tugas media nak rakam detik detik camni tapi tak semua ahli keluarga suka utk ditemuramah..dirakam..mungkin perlu waktu..mereka dah menanti begitu lama..

saling hormat menghormati..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!